Tag Archive | "motivasi usahawan"

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Tags:

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Posted on 24 June 2009 by mazlienadzri

Assalammu

Anda akan jadi daripada apa yang anda gambarkan. Ya, satu ‘kuasa’ yang saya sendiri sudah merasainya.

Contohnya, sekiranya anda sangat takut bercakap di hadapan orang ramai, cuba berlatih dengan menggambarkan anda boleh bercakap dihadapan orang ramai, sangat berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan orang dihadapan anda.

Sekiranya anda mahu menjadi usahawan, gambarkan anda sudah menjadi seorang usahawan. Sudah mempunyai perniagaan yang berjaya, sudah mempunyai bangunan sendiri, sudah mempunyai pekerja sendiri.

Kebanyakan orang selalu membuat penghakiman terhadap diri sendiri dengan ayat-ayat seperti berikut:

Aku tidak boleh buat“, “Aku takde masa“, “Aku tak yakin“,

Dan seribu satu perkataan yang disebut merendahkah kemampuan diri tanpa disedari.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menterbalikkan pemikiran tersebut. Tukar “aku tidak boleh buat” kepada “aku boleh buat”

Tukar diri anda daripada “aku tak yakin” kepada “aku yakin boleh buat“.

Selalulah bercakap dengan diri sendiri anda melalui bisikan hati. Ini memang selalu saya lakukan. Kadang kadang, timbul dalam diri hati tidak yakin, tapi saya akan cepat-cepat lawan dengan mengatakan saya yakin saya boleh buat.

Mengikut apa yang saya baca, disarankan anda melakukan 6 kali sehari. Tapi waktu yang paling disarankan sebelum tidur dan selepas anda bangun pagi.

Apabila anda berjaya melakukan perkara ini, semakin meningkatlah keyakinan diri anda, semakin hampirlah kepada apa yang anda impikan.

Seperti kata Ralph Waldo Emerson,

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Semoga bermanfaat,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan ebook yang membongkarkan rahsia bagaimana seorang IM memperolehi RM13,744.80 hanya dalam masa 2 minggu hanya menggunakan mailing list disini.

p/p/s: Blog ini sedang dalam proses pemindahan server. Anda mungkin akan mengalami masalah sewaktu masuk ke blog ini dalam 1-2 hari lagi..

Sphere: Related Content

Comments (1)

Cara kerja Jerry Yang – Pengasas Yahoo!!

Tags: , , ,

Cara kerja Jerry Yang – Pengasas Yahoo!!

Posted on 25 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya tertarik kisah Jerry Yang yang diceritakan didalam buku Learn From Successful Entrepreneurs. Mungkin ada yang tidak tahu, Jerry Yang adalah pengasas laman carian popular dunia, Yahoo!.

Beliau datang dari Taiwan ke Amerika Syarikat bersama ibu, nenek dan abang ketika berumur 10 tahun. Ketika itu beliau hanya tahu satu perkataan sahaja, iaitu ‘shoes’.

Namun itu bukanlah alasan beliau tidak boleh berjaya. Beliau berjaya mendapat tempat di Universiti Stamford didalam bidang kejuruteraan.

Yang menarik perhatian saya ialah, usaha beliau menjadikan Yahoo! laman web yang popular. Beliau bekerja 20 jam sehari. Beliau sangat komited dan fokus untuk melonjakkan nama Yahoo!.

Kesimpulan

Mahu berjaya, tiada istilah penat untuk berusaha. Apa yang penting adalah kesungguhan kita dalam melakukannya. Usaha anda akan dibalas dengan setimpal di atas setiap usaha yang anda lakukan.

Cuba renungkan kembali, adakah kita betul-betul sudah berkorban untuk perniagaan yang dimiliki? Berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk memantau perniagaan yang dibina?

Mari kita fikirkan bersama-sama

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Tags: , , ,

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Posted on 05 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Fuhhh…penat sungguh saya hari ini. Biasalah, baru balik malam kelmarin ke KL, terus uruskan email, proses tempahan bonus Duit Mania(20 kuota telah habis, tambahan 10 kuota lagi) dan siapkan beberapa tempahan minisites.

Oklah, kembali ke tajuk asal artikel. Setiap perubahan yang ingin kita lakukan, hasilnya tidak akan datang dengan serta merta. Sebagai contoh, berat badan anda 70KG, dan anda ingin turun kepada 50KG, adakah ianya akan berjaya dalam masa satu hari sahaja?

Anda memaksa tubuh badan anda supaya kurus dalam masa sehari. Akibatnya, badan anda akan menjadi lemah, sakit dan tidak bermaya. Cara yang terbaik adalah dengan memulakan dengan sedikit demi sedikit. Rancang cara pemakanan anda dan senaman anda.

Begitulah juga dengan perubahan yang anda lakukan untuk mencapai impian didalam perniagaan. Ianya perlu tersusun dan penuh perancangan. Bukan hari ini pergi seminar, beranggapan, esok mahukan hasilnya. Bukan hari ini dapatkan ebook bagaimana buat duit di internet, esok mahukan hasilnya.

Bermatian sehari semalam mengikut segala panduan yang diberikan. Sampaikan tidur tidak cukup, makan pun entah kemana. Percayalah, perubahan yang mendadak ini akan membuatkan otak anda ‘terkejut’.  Otak anda tidak mendapat menerima perubahan drastik yang anda lakukan ini. Dan akhirnya, anda menjadi malas dan terus berhenti.

Didalam agama Islam sendiri, Allah menyukai seorang hambaNya yang istiqamah dalam amal kebaikan walaupun sedikit, daripada banyak, tetapi hanya untuk seketika.

Jadi, perubahan yang terbaik adalah perubahan yang berperingkat-peringkat. Bermula dari A, B,C dan seterusnya. Jadilah orang yang sabar dan konsisten untuk melakukan perubahan.

Pengumuman

Untuk 1-2 bulan ini, kepada mana-mana IM yang ingin mengajak JV produk, saya terpaksa menolaknya. Saya perlu tumpukan kepada servis saya dan beberapa produk RR yang perlu saya jual kembali yang sudah lama terperap didalam hard disk komputer saya.

JV yang terakhir adalah produk Duit Mania dari Ammar Zahar dan ada beberapa orang IM yang ingin mengajak saya JV, saya terpaksa menolaknya. Saya harap anda faham. InsyaAllah, di lain masa kita boleh berkerjasama lagi

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Bonus Duit Mania untuk 20 orang telah pun habis, saya kini menambah kuota 10 orang lagi. Kepada yang berminat, klik disini untuk maklumat lanjut

Sphere: Related Content

Comments (2)

Customer is always right?

Tags: , , ,

Customer is always right?

Posted on 27 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti, istilah ‘customer is always right’  adalah istilah keramat kepada pembeli. Mereka merasakan mereka adalah yang betul sahaja, tidak boleh diusik walaupun sedikit.

Saya, yang menyediakan servis membina design seperti minisite, ecover, banner, iklan peel dan juga ebook sudah mengalami pelbagai karenah pelanggan.

Karenah yang paling banyak adalah tempahan design. Saya tahu, pelanggan mahukan yang terbaik, cantik dan berbaloi dengan apa yang mereka bayar. Setakat ini, dari semua tempahan, ada 2 design yang saya pulangkan kembali duit mereka(deposit) atas sikap mereka yang membuatkan saya sakit hati.

Saya sedar, saya mungkin akan kehilangan customer, tapi saya juga sedar saya bukanlah kuli yang senang diarah itu begini. Saya juga berpendapat, ada keadaan “customer not always right”. Ya, tidak.

Sehinggakan ada pertukaran yang melampau-lampau banyaknya, sehingga lebih 10 kali. Ya, saya boleh kenakan cas tambahan, tapi saya bukan mahukan duit, tapi masa saya banyak dihabiskan kepada perkara yang remeh ini. Saya pernah juga berdepan dengan pelanggan yang meminta pertukaran yang banyak, hampir 10 kali, tetapi ianya masih munasabah untuk diedit, saya tidak kisah untuk melakukannya.

Yang membuatkan saya sakit hati ialah, perangai seakan nak main-mainkan saya. Mula suruh letak imej A, hantar design, minta tukar imej B, hantar lagi, cakap imej A sesuai pula. Dan seribu satu sebab lagi kenapa saya akan pulangkan semula duit mereka tanpa banyak kira :)

Pesan saya, kalau anda menghadapi karenah pelanggan yang macam ini, saya rasa, better return semula duit mereka, kita senang dan mereka pun tak boleh nak mengarah ada sesuka hati mereka. Itu prinsip saya. Saya tidak berpegang sangat kepada prinsip ‘customer is always right’, sebab saya ada  prinsip saya sendiri dalam berurusniaga.

Dan kepada bakal pelanggan, mudahkan urusan kita bersama. Pada draft pertama yang saya hantar, anda boleh tengok dan minta ubah. Kalau anda setuju pada draft pertama yang saya hantar, untuk draft kedua, kalau anda minta ubah yang lain(tidak setuju pula dengan design tersebut walaupun sudah setuju masa draft pertama dihantar), saya akan kenakan cas tambahan.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: InsyaAllah, buku kedua saya mengenai Flash akan diterbitkan tidak lama lama lagi :)

Sphere: Related Content

Comments (9)

Betul, bukan semua orang boleh jadi usahawan…

Tags: , , , ,

Betul, bukan semua orang boleh jadi usahawan…

Posted on 22 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ada orang berpandangan..

“Kalau semua nak jadi usahawan,takdela dinamakan pekerja”

Ya, kalau semuanya ingin menjadi usahawan, tapi jawapan saya mudah sahaja, ianya tidak akan berlaku. Ini adalah ketetapan dari-Nya. Ianya memerlukan antara satu sama lain. Bila anda menjadi bos, anda memerlukan pekerja.

Saya bukanlah ‘memaksa’ anda menjadi usahawan. Tidak sama sekali. Dan saya tidak pernah menyatakan dalam blog ini ‘berdosa’ kalau anda berkerja makan gaji, dan dapat pahala menjadi usahawan. Ianya berbalik kepada diri kita. Kalau anda merasakan anda ingin menjadi pekerja cemerlang, anda suka kerja anda sekarang, teruskan. Tiada siapa pun yang halang. 

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Anda yang memilih jalan hidup anda. Bukan orang lain, bukan saya. Saya hanya berkongsi dan anda yang menentukan. Saya tidak mahu saya akan dipersalahkan bila anda membuat keputusan untuk berhenti kerja, nak jadi usahawan tetapi tidak berjaya.

Ada yang email kepada saya menyatakan mereka sudah berminat dengan perniagaan di internet. Nasihat saya, jangan tergopoh gapah. Teruskan bekerja dan dalam masa yang sama cari ilmu mengenai perniagaan.

Kesimpulan

Jangan membuat keputusan kerana orang lain. Jadilah diri sendiri. Tidak ada paksaan untuk menjadi usahawan dan tidak berdosa bekerja makan gaji. Ianya bergantung kepada anda sendiri untuk menentukan kejayaan tidak kira makan gaji ataupun menjadi usahawan.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Merasa selesa…

Tags: , , ,

Merasa selesa…

Posted on 18 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya menerjunkan diri dalam perniagaan internet ini, asalnya saya merasakan diri saya sudah selesa dengan apa yang saya ada walaupun pada hakikatnya tiada apa yang saya capai dan banggakan. Hari-hari yang saya lalui hanya setakat kerja, balik rumah, tengok TV, tidur. Itulah sepanjang saat, minit, jam, bulan dan tahun. Tidak kemana-mana.

Alhamdulilah, kini saya bukan begitu lagi. Kini saya sudah menetapkan matlamat untuk diri saya. Apa yang saya mahu jadi akan datang. Bukan hanya duduk mendongak menunggu nasib. Saya berhak mencari kejayaan untuk diri saya yang sememangnya sudah ada di hadapan, cuma saya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Saya sangat pasti, pembaca blog ini bukanlah orang yang sudah merasa selesa dengan kehidupan sekarang. Saya yakin, anda sedang merancang kehidupan anda. Jika tidak, masakan anda sanggup membayar sewa bulanan internet anda kalau bukan semata-mata mencapai matlamat anda ataupun sedang mencari-cari sesuatu untuk kehidupan anda. Tidak begitu?

Tahniah, anda bukan golongan yang dihinggapi penyakit SELESA. Golongan ini sebenarnya bukannya berpuas hati dengan kehidupan mereka, tetapi mereka MALAS hendak memikirkan masa hadapan. Mereka merasakan tidak payahlah nak fikir masa depan, baik enjoy dengan apa yang dah ada sekarang. Tak perlu susah-susah.

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan, saya tanya, “bila ko dapat gaji, apa yang ko mula-mula buat dengan gaji tu?” Jawapan kawan saya “Aku bayar hutang dan bakinya aku beli apa yang aku naklah”. Saya tanya lagi “takde ke simpan sikit untuk nak guna masa hadapan?”. Dia jawab “takpelah, aku kerja penat-penat, aku nak beli apa aku nak”. Kemudian, tengah bulan akan merungut duit takde.

Inilah fikiran orang yang tidak merancang kehidupan mereka. Mereka selesa dengan apa yang dah dapat pada hari ini. Cuba mereka ini diminta duduk dan buat analisa mengenai diri sendiri, saya yakin, mereka tidak dapat melakukannya. Mereka merasakan ianya susah, padahal ia adalah diri anda sendiri. Mereka tak tahu 10-20 tahun akan datang mereka mahu jadi apa. “Biarlah”. Itu jawapan mereka.

Pada satu sudut pula, cuba minta mereka ini buat kajian mengenai artis kegemaran mereka, saya yakin 100% mereka akan dapat menjawab dengan detail kelemahan dan kelebihan artis tersebut! Nah, hidup orang lain yang mereka fikir, kehidupan sendiri tidak mahu difikirkan.

Jadi, jangan merasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Rancanglah kehidupan anda dengan sebaiknya. Pintu kejayaan sudah ada dihadapan anda. Cuba pejamkan mata anda, gambarkan apa impian anda. Buka mata, dan bulatkan tekad. Terus mara untuk mencapainya, kerana ianya adalah milik anda dengan keizinan-Nya. InsyaAllah.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Matlamat biar mencabar..

Tags: , , ,

Matlamat biar mencabar..

Posted on 15 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Didalam buku “Learn From Successfull Entrepreneurs”, Bill Gates ada menyatakan yang beliau mahu melatakkan “sebuah komputer di atas setiap meja didalam setiap rumah”. Kata-kata Bill Gates ini diejek dan diperlekeh oleh ramai orang. Tetapi beliau meletakkan matlamat yang mencabar kerana disitu ada keseronokan baginya.

Beliau sanggup berhenti belajar di Universiti dan berkerja berbelas jam tanpa rasa jemu dan letih. Beliau komited dengan matlamatnya yang mencabar itu walaupun orang menganggap beliau tidak siuman.

Matlamat yang berkesan adalah matlamat yang mencabar diri anda supaya tekun merancang dan lebih berusaha. Matlamat yang mencabar ini mampu merangsang nafsu hendak berkahwin minda kita berfikir lebih dan ianya akan memberikan momentum motivasi yang tinggi. Manakala matlamat yang biasa tidak mempunyai daya tarikan yang kuat.

Apa juga teknologi yang ada sekarang tidak akan wujud sekiranya para pencipta, usahawan tidak mencabar otak mereka  ke tahap tertinggi. Ia tidak akan dicipta sekiranya mereka hanya berfikir biasa-biasa sahaja. Dengan matlamat yang mencabar inilah menghasilkan idea yang kreatif.

Kini, apakah matlamat anda hanya biasa-biasa sahaja? Cuba cabar diri anda dengan meletakkan matlamat yang besar mulai sekarang. Hendak ada pejabat sendiri, apa salahnya, semuanya tidak mustahil dengan terbuktinya ‘budak’ 18 tahun sudah pun memiliki pejabat sendiri, hasil matlamat yang diletakkan semasa masih bersekolah lagi.

Buatlah matlamat yang mencabar kemampuan anda

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Anda mahu bercinta? Dapatkan panduan cinta dengan klik banner dibawah ini.

Sphere: Related Content

Comments (6)

Bila laman web anda tidak menjual..

Tags: , , , , ,

Bila laman web anda tidak menjual..

Posted on 10 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seringkali saya menerima pertanyaan yang mereka tidak berjaya menjual barang di internet. Banyak faktor kenapa tidak berjaya, antaranya, produk tersebut bukanlah mempunyai permintaan, harga mahal, produk dah terlampau banyak dijual di internet dan sebagainya. 

Tapi apa yang saya selalu terima pertanyaan adalah, masalah trafik. Ini adalah masalah yang sering kali masuk ke inbox email saya. Ok, baiklah, pengalaman saya sendiri, saya juga mempunyai masalah yang sama dengan anda. Malah, tanyalah mana-mana usahawan internet, masalah inilah yang mereka hadapi mula-mula.

Jadi, bagaimana caranya nak tarik trafik? Saya menggalakkan anda memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan PERCUMA. Inilah yang saya lakukan. Dan inilah usahawan-usahawan lain lakukan. Memang banyak cara lagi, seperti SEO, forum dan sebagainya. Apa kata anda cuba cara yang saya nyatakan ini pula.

Sebagai contoh, katakan anda menjual produk fizikal seperti perfume di internet, apa kata, anda buat satu panduan ringkas bagaimana memilih perfume yang berkualit tapi dengan harga murah, cara mengekalkan bau perfume agar tahan lama dan sebagainya. Kemudian, anda edarkan panduan tersebut ke merata tempat, seperti di forum yang berkaitan, blog. Tidak mengapa keluarkan sedikit bajet untuk iklankan panduan tersebut.

Jangan lupa juga, letakkan link ke laman web perniagaan anda didalam panduan percuma tersebut. Kalau tidak, sia-sia sajalah usaha anda ini. Kalau hendak lebih mendatangkan manfaat, bina list anda melalui pemberian percuma tersebut. Antara alat yang boleh digunakan seperti getresponse.  Apa sahaja mengenai promosi produk berkaitan perfume, anda boleh emai terus ke list anda. Bukankah menarik?

Sekiranya anda menjual produk bersalin, hasilkan ebook mengenai cara penjagaan kandungan ke atau apa sahaja yang anda rasakan bermanfaat untuk orang ramai. (Heii, setiap 10 saat, ada sahaja kelahiran didunia ni) Kalau nak lagi best, buat dua versi, english dan malaysia. 

Inilah cara paling mudah saya rasa, anda hanya perlu membuat sedikit pembacaan sahaja untuk hasilkan ebook percuma ini dan kemudian promosikan kepada orang ramai. Saya nyatakan cara ini berkesan kerana saya telah menggunakannya. 

Seperti baru-baru ini, saya menerima percuma Colgate Plax yang dipromosikan di tepi-tepi jalan. Kenapa mereka memberikannya percuma? Ianya sama sahaja seperti yang saya nyatakan diatas. Menarik pengguna yang menerima produk percuma tadi, mendapatkan secara berbayar selepas itu.  Inilah strategi yang mereka gunakan, maka kita pun perlu menggunakan strategi ini juga untuk berniaga di internet.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Alhamdulilah, sambutan servis P.A.A.D.S menggalakkan, kepada anda yang berminat, segera dapatkan iklan anda disini

Sphere: Related Content

Comments (5)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest