Tag Archive | "panduan affiliate"

ScreenShot106

Tags: ,

3 keperluan bagi setiap affiliate

Posted on 18 May 2010 by mazlienadzri

Jika anda seorang pelajar, sudah tentu anda memerlukan alat tulis, buku dan guru untuk belajar. Jika tiada salah satu, sudah tentu anda akan mengalami kesukaran ketika hendak belajar. Begitu juga dengan seorang affiliate, anda perlu memastikan segala keperluan anda ada untuk anda berkerja sebagai seorang affiliate. Berikut adalah keperluan bagi setiap affiliate:

Pertama: Laman web untuk setiap produk affiliate.

Anda perlu menyediakan laman web untuk setiap produk yang anda promosikan. Ia juga di kenali sebagai squeeze page atau landing page. Antara teknik yang selalu di gunakan oleh super affiliate adalah membentuk squeeze page yang berfungsi untuk mengumpul list. Pada squeeze page tersebut, sediakan review untuk produk tersebut supaya bakal pembeli faham serba sedikit mengenai produk tersebut sebelum di bawa ke halaman utama.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (10)

ultimate

Tags: , , , ,

5 Faktor yang Perlu Anda Tahu Tentang Pemasaran Affiliate

Posted on 20 March 2010 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lama memendam perasaan, akhirnya hari ini saya sambar sebiji laptop hasil komisen affiliate  kerajaan yang saya perolehi minggu lepas. Alhamdulilah.

Sebelum ini saya hanya buat kerja di komputer saya di mini ofis saya di rumah, bila ada laptop ni bolehlah buat kerja dimana-mana yang saya mahu, asalkan ada line internet. Cuma tengah fikir broadband mana yang sesuai untuk saya gunakan, samada celcom, maxis ataupun digi.

Baiklah, atas mood saya yang begitu baik hari ini, saya sediakan satu artikel terbaru yang boleh anda baca dibawah ini.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (12)

Bolehkah Menjana Pendapatan Tetap dengan Pemasaran Affiliate?

Tags: , , , ,

Bolehkah Menjana Pendapatan Tetap dengan Pemasaran Affiliate?

Posted on 19 February 2010 by mazlienadzri

Menjana pendapatan tetap hanya dengan bergantung kepada pemasaran affiliate adalah tidak mustahil. Para affiliate tidak perlu bersusah payah menguruskan tempahan, penghantaran produk, membuat semakan transaksi kerana semuanya itu akan diuruskan oleh pemiliki program affiliate tersebut samada individu ataupun syarikat.  Anda juga boleh membuat pemasaran affiliate ini dengan sendiri tanpa perlu menggunakan bantuan luar.

Memang menjana pendapatan online bukan mudah, tetapi pemasaran affiliate memudahkan proses tersebut. Anda boleh membuat promosi sendiri dengan mengiklankan produk-produk anda melalui blog, email, atau website. Kaedah-kaedah ini akan mempercepatkan penjanaan pendapatan anda jika peluang sebegini digunakan sebaiknya.

Dengan pemasaran affiliate, anda adalah bos diri anda sendiri. Anda juga tidak perlu mempunyai banyak kebolehan. Apa yang perlu ada adalah komputer, talian internet dan masa yang mencukupi. Anda boleh bekerja mengikut masa atau jadual yang ditetapkan mengikut kesesuaian anda sendiri.

Affiliate adalah pendapatan sampingan saya, saya lebih kepada servis membina minisites,sistem,produk sendiri dan produk RR dan MRR.

Untuk affiliate, saya hanya luangkan beberapa jam untuk meneliti program affiliate yang saya berminat, kalau saya berpuas hati, saya akan buat promosi. Itu sahaja.

Terdapat banyak syarikat atau individu yang memerlukan bantuan anda mempromosikan produk-produk mereka. Jadi, anda boleh memilih produk atau perkhidmatan mana yang anda ingin promosikan.

Memang satu kenyataan bahawa mempromosikan produk atau perkhidmatan mengambil masa yang lama. Namun, usaha anda akan menunjukkan hasil jika pelanggan mula menunjuk minat terhadap produk anda dan menekan banner serta iklan-iklan yang anda sediakan. Gunakan teknologi internet dengan sebaiknya seperti promosi di blog, laman web, atau di mana-mana sahaja di internet. Tidak dinafikan kerja-kerja promosi ini adalah suatu yang mudah dan menyeronokkan sambil menjana pendapatan tetap di rumah. Yosh!

Mazlie Nadzri

p/s: Saya akan bercuti selama 5 hari. Penat rasanya kerja tanpa rehat yang cukup. Segala email tempahan, pertanyaan akan saya balas rabu minggu hadapan

Sphere: Related Content

Comments (1)

seminar  pakar affiliate

Tags: , ,

Sebahagian gambar di Seminar Pakar Affiliate

Posted on 28 January 2010 by mazlienadzri

Pada 23hb yang lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar Pakar Affiliate yang dianjurkan oleh saudara Zamri Nanyan dan Patric Chan.

Ramai juga yang hadir yang dapat saya lihat. Walaupun hampir kesemua content seminar tersebut telah saya ketahui, namun ianya dapat menyegarkan semula ingatan saya terhadap point-point yang penting yang mungkin saya dah tak ingat.Namun niat saya yang sebenarnya nak mendengar talk dari Patric Chan. Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga :)

Dan inilah juga seminar pertama yang saya dapat ‘turun padang’ berjumpa dengan IM-IM yang lain. Satu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat meluaskan network saya. Selepas sahaja saya balik dari seminar, beberapa tempahan masuk yang dibuat oleh bekas seminar tersebut. Cuma saya agak sedih sebab business card saya habis dan tak dapat bertukar-tukar business dengan prospek. Satu pengajaran bagi saya :)

Ok, dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil menggunakan kamera handphone saya. Harap maaf kalau kualitinya agak kureng ya :)

seminar pakar affiliatePatric Chan ketika memberikan talk. Sungguh bersemangat!!

seminar pakar affiliate

Sesi bergambar beramai-ramai. Lama juga menunggu sebab Zamri dan Patric sibuk menguruskan jualan.Huhuhuh

seminar pakar affiliate

Saya dan Patric Chan

seminar pakar affiliate

Bersama Sham Raja Adsense dan Cikgu Hazar

seminar pakar affiliate

Bersama Sham Raja Adsense dan Jamal (Juara Cabaran Pakar Affiliate)

seminar pakar affiliate

Bersama Zamri Nanyan

seminar  pakar affiliateBersama Cikgu Yus dari SeminarTuisyen.com. Siapa nak buat seminar, boleh sewa dari beliau

Itulah beberapa gambar yang sempat saya ambil. Kepada yang saya tak sempat nak bergambar sama-sama, saya minta maaf sebab kekangan masa. InsyaAllah, kalau berjumpa di mana-mana seminar selepas ini, bolehlah kita bergambar dan bertukar-tukar pandangan :)

Saya pun merasa semakin bermotivasi pula bila menghadiri seminar-seminar macam ni, insyaAllah, ada peluang, saya akan cuba hadirkan diri untuk seminar yang akan datang pula.

Berjumpa lagi,

Mazlie Nadzri

Malaysia Web Hosting

Sphere: Related Content

Comments (8)

Affiliate, anda pun boleh…

Tags: , , ,

Affiliate, anda pun boleh…

Posted on 23 November 2009 by mazlienadzri

Pengalaman saya dalam bidang affiliate ini memang menyeronokkan. Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman mula-mula saya di dalam program affiliate setahun yang lepas.

Namun, sebelum itu, saya ingin jelaskan secara ringkas apa itu affiliate.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang
memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi
salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai
agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini
memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil
dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada permulaan saya didalam affiliate, saya tak berjaya mendapat jualan. Dua cara sahaja saya guna ketika itu, promosi di blog(pada ketika itu, blog saya tiada trafik yang tinggi) dan iklan banner di laman web iklan percuma. Kemudian saya mencari sebab kenapa saya gagal menghasilkan jualan dan alhamdulilah, saya telah menjumpai bagaimana cara yang betul membuat promosi sekaligus berjaya mendapat komisen pertama dalam affiliate.

Selepas itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, dan cara tersebut adalah email marketing(pemasaran email)

Kalau nak saya imbaskan kembali pengalaman pertama menjana wang daripada affiliate adalah produk Ammar Zahar, juga merupakan produk pertama beliau iaitu koleksi grafik, itulah pengalaman saya dalam affiliate, pada masa itu, saya mampu memperolehi komisen beratus juga(saya tak ingat jumlah yang tepat)

Kemudian produk MRR MEGA SALES, Panduan Paypal, DVD Video Usahawan, Teknik Manipulasi Sistem Kewangan, Panduan SEO Inspiration, Rahsia Emas dan banyak lagi. Alhamdulilah, semua program affiliate tersebut saya mendapat komisen, bezanya samada sedikit atau banyak sahaja.

Bagi saya, kemuncak selama saya menyertai affiliate ini adalah berjaya memperolehi USD1033 bagi jualan produk Duit Mania oleh Ammar Zahar., dan juga saya menerima BONUS produk OSIM uCrown sebagai pemenang cabaran affiliate tersebut. Juga saya menerima bonus external hard disk 1 terabytes daripada Ammar Zahar.  Itu adalah nilai komisen terbanyak pernah saya perolehi di internet, ianya pengalaman yang takkan saya lupakan sampai bila-bila:)

Mungkin ada yang ingin tahu apa rahsia saya berjaya membuat jualan sebanyak itu bukan?

Baiklah, kunci kepada ‘kejayaan’ tersebut adalah,

1. Tawaran. Percayalah, ramai prospek menanti-nanti apakah tawaran yang diberikan oleh seseorang IM tersebut. Pastikan tawaran yang anda berikan menarik dan unik dari IM yang lain. Pada masa itu, kalau tak silap saya, saya tawarkan 2 produk saya yang bernilai RM200.

2. Berapa kali?.Maksud disini ialah, kalau anda membuat promosi melalui mailing list, berapa kali anda follow up list anda untuk promosi sesuatu produk tersebut? Bagi Duit Mania, saya melakukan promosi sebanyak 5 kali. Saya pernah terbaca satu report yang mengatakan, sekurang-kurangnya kita perlu lakukan follow up sebanyak 7 kali(ada sesetengah mengatakan 10 kali) untuk menukar prospek kepada pembeli, ini yang saya lakukan :)

Satu lagi faktor adalah, sejauh mana anda tahu akan produk yang anda promosikan tersebut.

Cara terbaik adalah, anda sendiri perlu mencubanya terlebih dahulu, membacanya terlebih dahulu. Setelah anda memperolehi hasilnya, barulah anda membuat promosi.

Kebanyakan rakan IM yang menjemput saya turut serta dalam affiliate telah memberi produk tersebut untuk di review. Ini memudahkan saya membuat promosi disebabkan saya akan membaca terlebih dahulu, mencuba teknik yang disarankan dan barulah saya membuat promosi produk tersebut.

Itu beberapa faktor penting yang dapat saya kongsikan.

Saya selalu menerima email SPAM yang mempromosikan produk affiliate, ini bukanlah cara yang betul. Ya, saya akui, memang ada yang terbukti mampu membuat jualan dengan teknik SPAM ini, tetapi adakah anda mahu menanggung risiko apabila komisen anda tidak dibayar?

Kebiasaanya, syarat utama yang dinyatakan oleh pemilik produk adalah, jangan lakukan SPAM. Sudah terang lagi bersuluh, tetapi kaedah ini juga yang banyak digunakan. Itu sebab kaedah email marketing diperkenalkan.

Kalau anda lihat, saya bermula peringkat demi peringkat. Sedikit demi sedikit dan barulah dapat lihat hasilnya sekarang, alhamdulilah. Yang pasti saya tegaskan disini, affiliate adalah pendapatan sampingan saya sahaja, saya ada produk sendiri dan juga ada menawarkan servis di internet. Jadi, saya ada 3 sumber di internet.

Panduan Menjadi Pakar Affiliate

Dibawah ini saya telah rekodkan satu video review bagi produk Pakar Affiliate dari Zamri Nanyan. Video yang saya rakam selama 24 minit mengulas modul-modul yang terdapat dalam Pakar Affiliate. Semoga dengan review ini menjadi panduan untuk anda sebelum mendapatkannya.

[stream flv=x:/www.mazlienadzri.com/flv/reviewPakarAffiliate.flv width=320height=240 img=x:/www.my-blog.com/path/to/Preview.jpg bandwidth=med mp4=x:/www.my-blog.com/path/to/iPhone-512kbps.mp4 title=Review Pakar Affiliate /]

Bonus

Kepada anda yang ingin mendapatkan Pakar Affiliate ini, anda boleh claim bonus daripada saya. Antara bonus yang saya berikan seperti dibawah ini:

1. Lesen RR Sistem Easy Order Form.

  • Dengan lesen ini, anda boleh jual sistem easy order form dan segala keuntungan milik anda 100%. Harga lesen adalah RM50.

2. Servis design daripada VirtualNiaga

  • Saya akan berikan servis design minisites anda secara PERCUMA. Saya akan design header, footer, ecover.Harga design ini adalah RM90.(minisites untuk produk seks saya tidak akan terima)

Kesemua tawaran ini hanya untuk 5 orang sahaja.

Kalau anda berminat, anda boleh dapatkan Pakar Affiliate sekarang dan claim bonus tersebut dengan saya.

Affiliate memang boleh menjadi satu sumber pendapatan kalau anda tahu akan teknik dan strategi yang betul, jadi Pakar Affiliate ini boleh membantu anda.

Penafian : Semua bukti pendapatan diatas adalah benar bagi diri saya,dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya selepas anda mendapatkan produk Pakar Affiliate ini anda gagal menjana wang seperti yang saya perolehi di atas. Kejayaan adalah bergantung kepada usaha anda dan panduan ini hanyalah jalan yang disediakan oleh Zamri Nanyan.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Sebelum itu, pastikan anda benar-benar memerlukan panduan ini barulah membelinya.

Sphere: Related Content

Comments (18)

Komisen affiliate+bonus

Tags: , ,

Komisen affiliate+bonus

Posted on 11 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah. Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar.

Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate tersebut. Memang seronoklah dapat urut kepala selepas penat bekerja. Yelah, nak suruh isteri urut, tak sampai seru lagi :)

 

 

Selain daripada alat diatas, saya juga menerima komisen wang tunai yang berjumlah USD1033. Ini merupakan komisen affiliate yang tertinggi yang saya terima setakat ini. Juga saya memenangi hadiah external hard disk 1 Terabytes untuk race 24 jam Duit Mania ini. Fuhh, boleh sumbat apa sahaja dalam hard disk tersebut :D

Secara totalnya, pendapatan saya daripada affiliate untuk bulan lepas berjumlah RM4K lebih termasuk komisen affiliate Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia yang berjumlah RM810, itupun promosi saat-saat terakhir tidak termasuk income dari main busines saya iaitu servis.

Hari ini sahaja income daripada servis masuk sebanyak RM520, alhamdulilah. Berkat nak kahwin kot :p

Bukti

Jelas disini, anda memang boleh menjana pendapatan di internet tetapi dengan cara yang betul. Cara yang sudah digunakan oleh mereka yang sudah berjaya. Saya hanya meniru cara mereka sahaja.

Mereka mempunyai senarai list, saya juga berusaha mencari list. Saya hanya promosi di list saya sahaja, samada seperti IM yang lain dan hasilnya seperti diatas.

Saya rasa sudah banyak kali saya mengatakan mengenai kepentingan memiliki mailing list ini. Ada yang masih endah tidak endah. Masih berkira ingin memilikinya atau tidak. Tidak mengapalah, saya hanya menyarankan sahaja apa yang saya rasai, keputusan tetap bergantung kepada anda juga.

Malah saya kini akan membina mailing list untuk niche yang lain pula, niche SEKS. Kenapa? Sebab saya lihat semakin banyak produk berkaitan niche ini ‘tumbuh’. Jadi, saya perlu melihat ini sebagai peluang untuk saya mencuba. Bukan SPAM sesuka hati, kemudian merungut tidak ada hasil.

Sebelum saya terlupa, sekiranya anda ingin mempelajari kuasa pemasaran email ini, dapatkan report percuma disini

Saya bukan bertujuan untuk menunjuk apa yang saya dapat, tapi saya ingin mengatakan anda memerlukan kaedah yang betul untuk berjaya. Itu sahaja.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (3)

Satu lagi program affiliate dilancarkan

Tags: , ,

Satu lagi program affiliate dilancarkan

Posted on 29 May 2009 by mazlienadzri

Satu lagi program affiliate dilancarkan untuk produk Panduan Sistem Affiliate. Komisen yang akan anda perolehi adalah RM20, namun ianya akan dinaikkan lagi kepada RM25 tidak lama lagi.

Segala bahan promosi telah disediakan, banner dan juga artikel untuk mailing list ataupun artikel untuk blog. Anda boleh dapatkan nanti apabila mendaftar sebagai ejen affiliate.

Pendaftaran adalah percuma sahaja. Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar melalui link dibawah ini:

http://mazlienadzri.com/gu/affiliates

Bolehlah mulakan promosi anda sekarang :)

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Ada satu lagi program affiliate akan dilancarkan…

Sphere: Related Content

Comments (3)

Perniagaan ibarat memancing

Tags: , , , , , ,

Perniagaan ibarat memancing

Posted on 22 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Umpama memancing, begitu juga dengan perniagaan

Begitulah kata pemilik selaku Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn.Bhd yang lebih dikenali jenama Ramly Burger dipasaran tempatan.

Kata beliau lagi,

Jika orang memancing diberikan sebanyak manapun umpan, jika dia tidak berminat, tidak berhasil juga

Begitu juga dalam perniagaan, jika kita minat, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan berusaha menangani pelbagai cabaran yang datang walaupuan ianya perit.

Saya kagum dengan pencapaian beliau. Sudah hampir 30 tahun perniagaannya kekal kukuh yang pada asalnya hanya mempunyai 2 orang pekerja sahaja, dan kini sudah menggaji 400 orang pekerja  dengan penjualan sehari sebanyak 1000 keping dengan keuntungan RM400 juta setahun.

Beliau hanya memiliki SPM sahaja. Namun beliau percaya, perniagaan adalah sumber pendapatan yang paling besar. Bayangkan kalau beliau bekerja makan gaji? Adakah mampu beliau berjaya seperti ini? TIDAK sama sekali.

Kekecewaaan saya

Saya ingin meluahkan sedikit pandangan kepada mereka yang masih ragu-ragu dengan dunia perniagaan. Saya masih tidak faham mengapa orang melayu memandang serong kepada orang yang ingin berniaga tidak kira online ataupun offline.

Bila kita suarakan kita hendak berniaga, pelbagai macam kata-kata yang akan keluar. Pelbagai perkara negatif yang mereka sogokkan kepada kita. Bukan menggalakkan, tapi melemahkan.  Memang betul, kita bekerja makan gaji, tiap-tiap bulan kita akan mendapat duit, kita tidak perlu risau. Tapi adakah kita nak begitu sampai ke tua? Mengapa tidak berani untuk berniaga? Mengapa kita tidak mempunyai impian untuk membuka perniagaan?

Inilah masalah orang melayu. Masalah inilah yang menyebabkan pengangguran yang banyak dan malangnya orang melayu paling ramai. Kalau hendak berniaga, nak mulakan dengan modal yang juta-juta. Hati tak lepas daripada perasaan nak berlagak!! Sekiranya gagal, menyalahkan orang.

Kita orang melayu merasa bangga memberikan duit kepada bangsa asing. Tersenyum mendengar kejayaan bangsa asing di bumi kita dalam perniagaan. Tidak cuba untuk menggalakkan orang kita sendiri berniaga.

Bagi saya, saya tidak akan mempedulikan apa yang mereka cakap. Cakaplah sampai berbuih mulut, saya akan memekakkan telinga dan buat apa yang saya nak buat.

Kegagalan adalah manis bila kita sudah mencapai kejayaan

Kesimpulan

Bila kita sudah bermula, jangan memandang ke belakang. Jangan merasa menyesal dengan keputusan yang dibuat. Teruskan ke depan.

Saya suka menasihatkan anda selalulah membaca kisah usahawan-usahawan yang berjaya. Selami bagaimana kepayahan yang mereka pernah alami. Dapatkan Harian Metro setiap ahad, dan buka muka surat tengah-tengah, akan ada disiarkan cerita mengenai usahawan-usahawan Bumiputera yang berjaya tiap-tiap minggu. Bacalah kalau anda memang benar-benar mencintai perniagaan. Saya hanya beli semata-mata nak membaca kisah-kisah tersebut.

Marilah berniaga

Mazlie Nadzri

p/s: Saya sedang menunggu seorang IM yang akan membuka pejabatnya di Setapak tahun 2009. Saya doakan dia berjaya. Saya sangat kagum dengan dia ni :)

Linking Posts

Sphere: Related Content

Comments (9)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest