Tag Archive | "tips perniagaan internet"

Beberapa mitos mengenai perniagaan internet

Tags: , ,

Beberapa mitos mengenai perniagaan internet

Posted on 28 May 2010 by mazlienadzri

Ketika ini saya sedang banyak mendapat idea untuk menulis. Jadi, saya tidak akan sia-siakan idea tersebut. Mungkin sebab saya ketika ini agak free, jadi, mudah idea untuk menulis itu datang.

Baiklah,  dijemput untuk anda membaca beberapa mitos mengenai perniagaan internet di bawah ini :)

1. Mudah menjalankan perniagaan internet

Satu sebab kenapa orang ramai gagal dalam menjalankan perniagaan internet adalah kerana mereka menganggap ia satu perkara yang mudah. Mereka fikir mereka hanya perlu bina laman web, masukkan gambar produk dan tunggu orang datang melawat laman web dan beli produk yang mereka tawarkan.

Adakah semudah itu? Kalau semudah itu, ramai orang sudah bergelar jutawan, kaya raya hanya dengan melakukan 3 perkara mudah seperti di atas.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (5)

5 Tips Menghasilkan Produk Online yang Berjaya

Tags: ,

5 Tips Menghasilkan Produk Online yang Berjaya

Posted on 05 May 2010 by mazlienadzri

Berjuta-juta orang online setiap hari untuk mencari maklumat. Dengan kemudahan penggunaan serta kepantasan enjin carian Google, internet telah menjadi pilihan utama kebanyakkan manusia di serata dunia. Bukan sahaja ia dikira sebagai kaedah yang efektif untuk mencari apa yang anda ingin ketahui, tetapi ia juga dilihat sebagai lombong emas untuk kebanyakkan IM. Potensi untuk mencapai lebih ramai pelanggan adalah sangat tinggi!

Salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan online adalah untuk menghasilkan produk berasaskan maklumat. Namun, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk megnhasilkan sesuatu yang unik dan juga menawarkan sesuatu yang AMAT bernilai. Bukan sahaja ia akan menguntungkan anda, tetapi ia akan menyebabkan anda menjana wang yang banyak.
Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (11)

Untitled-5

Tags:

Amali dahulu, teori kemudian..

Posted on 12 January 2010 by mazlienadzri

usahawan berjaya

Untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang perlu bermula dari bawah. Pengalaman adalah guru terbaik bagi seorang usahawan. Pengalaman hanya dapat diperolehi dengan melibatkan diri dalam urusan jual beli dan pemasaran.

Menjual barang ataupun memberikan perkhidmatan memerlukan kita berkomunikasi. Seseorang usahawan perlu menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan, memahami psikologi dan keperluan pasaran.

Cara terbaik mendapatkan pengalaman dan kemahiran ini adalah dengan belajar menjual produk  orang lain ataupun ringkas kata, menyertai affiliate. Dengan menyertai affiliate secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu dengan pelbagai karenah dan perangai pelanggan. Kerana anda juga memerlukan proses promosi dan memilih produk yang menjadi permintaan pasaran. Anda tidak boleh mempromosi produk tanpa mengenalpasti kehendak pasaran.

Dengan cara ini akan dapat dapat membina kematangan seseorang sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri. Seseorang yang baru memasuki bidang perniagaan internet perlu belajar kaedah berniaga yang praktikal bukan teori semata-mata.

Itu sebab ramai yang gagal, mereka hanya mengetahui teori, sedangkan apabila ia dibawa ke dunia perniagaan yang sebenar, mereka gagal. Dunia perniagaan penuh dengan pelbagai cabaran, persaingan dan tipu muslihat. Tidak hairanlah pelajar lulusan perniagaan dari universiti gagal menjadi usahawan yang berjaya.

Apabila sesorang melangkah ke dalam dunia perniagaan internet, mahu atau tidak mahu, dia terpaksa berdiri di atas kaki sendiri. Kejayaan ditentukan oleh daya usahanya sendiri. Seseorang itu perlu berani, kreatif, tidak mudah mengalah dan sanggup berusaha.

Dalam perniagaan, untung dan rugi adalah satu perkara biasa. Sudah diketahui, tidak ada jaminan yang seseorang akan mendapat untung pada setiap masa. Tanyalah mana-mana usahawan internet, mereka juga pernah rugi, produk tiada pembeli dan sebagainya.  Ini saat-saat yang perlu mereka hadapi, kerana ianya diluar jangkaan. Perkara ini akan membuatkan seseorang itu bertambah matang dalam perniagaan. Yang penting adalah pengalaman dan pendedahan.

Tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh belajar daripada orang lain. Belajar dahulu kemudian buat mungkin mengambil masa yang lama.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

panduan sistem autoresponder

Tags: , , , , , ,

Meletakkan harga rendah bukan langkah terbaik..

Posted on 21 December 2009 by mazlienadzri

Perkara yang biasa dilakukan oleh syarikat mahupun usahawan dalam bersaing didalam perniagaan adalah menurunkan harga apabila produk mereka ‘bertembung’ antara satu sama lain.

Psikologi manusia memang akan tertarik dengan perkataan ‘harga rendah’.

Tetapi tahukah anda, menurunkan harga bukan cara terbaik untuk bersaing. Saya tidak menafikan ianya berjaya membuat jualan, tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Usahawan mungkin berjaya menarik pelanggan bagi membeli produk, tetapi bukan meningkatkan keuntungan. Pesaing yang lain juga terpaksa menurunkan harga untuk bersaing. Akhirnya semua pihak tidak akan mendapat untung walaupun jualan yang terhasil adalah banyak.

Sesetengah pesaing boleh bertindak dengan lebih dasyat dengan menurunkan harga serendah yang mungkin sehingga kita tidak mampu bersaing lagi.

Tambah nilai produk

Cara untuk bersaing yang disarankan oleh Pakar Strategi Perniagaan adalah menambah nilai terhadap produk anda. Dengan cara ini, pesaing tidak akan melihat anda ingin bersaing dengannya.

Sebagai contoh, syarikat penerbangan. Banyak pesaingan diantara mereka, tetapi mereka tidak boleh menurunkan harga serendah-rendah yang boleh kerana syarikat-syarikat tersebut memerlukan modal yang besar. Jadi,  mereka menambah servis yang lain daripada yang lain bagi menarik perhatian pelanggan.

Strategi ini digunakan apabila objektif syarikat adalah untuk menghadapi persaingan. Ia akan membuatkan pelanggan memilih perkhidmatan mereka berbanding yang ditawarkan oleh pesaing.

Seperti saya, untuk servis virtualniaga.com, saya menambah servis setup dan design iklan peel away ads untuk bersaing dengan pesaing saya. Jadi, pesaing tidak akan nampak  saya sebagai ancaman kepada mereka, sebab harga utama servis saya adalah sama dengan mereka juga :)

Jadi, sekiranya perniagaan anda mempunyai persaingan yang ramai, fikirkan sesuatu yang yang dapat menambah kelainan pada perniagaan anda untuk terus bertahan dalam pasaran.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

panduan sistem autoresponder

Sphere: Related Content

Comments (5)

war

Tags: , , , ,

Strategi peperangan dalam bisnes

Posted on 14 December 2009 by mazlienadzri

war

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.

Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.

Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’

Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,

‘sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang  sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih’

Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.

Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.

Laihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.

Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasuki pasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belum lagi dihasilkan oleh orang lain.

Sebaliknya, cuba elakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produk OneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumba lumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulai tepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.

Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebut mendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.

Sistem Kedai Online Niagakit

3. Jangan mudah merasa selesa

Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasa bersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akan datang.

Kalau anda usahawan yang mencipta program, software dan seumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.

Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satu masa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.

4. Kepantasan

Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralah bisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.

Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masa untuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat, lagi bagus.

Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahan hendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankan dalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan saya akan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya ada hal yang perlu diutamakan.

Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:

Kepantasan adalah perkara penting didalam peperangan

Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakai didalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membina bisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Anda boleh copy dan paste artikel diatas didalam blog, newsletter anda dengan syarat, link kan ke blog ini.

Sistem Kedai Online Niagakit

Sphere: Related Content

Comments (32)

Komisen affiliate+bonus

Tags: , ,

Komisen affiliate+bonus

Posted on 11 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah. Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar.

Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate tersebut. Memang seronoklah dapat urut kepala selepas penat bekerja. Yelah, nak suruh isteri urut, tak sampai seru lagi :)

 

 

Selain daripada alat diatas, saya juga menerima komisen wang tunai yang berjumlah USD1033. Ini merupakan komisen affiliate yang tertinggi yang saya terima setakat ini. Juga saya memenangi hadiah external hard disk 1 Terabytes untuk race 24 jam Duit Mania ini. Fuhh, boleh sumbat apa sahaja dalam hard disk tersebut :D

Secara totalnya, pendapatan saya daripada affiliate untuk bulan lepas berjumlah RM4K lebih termasuk komisen affiliate Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia yang berjumlah RM810, itupun promosi saat-saat terakhir tidak termasuk income dari main busines saya iaitu servis.

Hari ini sahaja income daripada servis masuk sebanyak RM520, alhamdulilah. Berkat nak kahwin kot :p

Bukti

Jelas disini, anda memang boleh menjana pendapatan di internet tetapi dengan cara yang betul. Cara yang sudah digunakan oleh mereka yang sudah berjaya. Saya hanya meniru cara mereka sahaja.

Mereka mempunyai senarai list, saya juga berusaha mencari list. Saya hanya promosi di list saya sahaja, samada seperti IM yang lain dan hasilnya seperti diatas.

Saya rasa sudah banyak kali saya mengatakan mengenai kepentingan memiliki mailing list ini. Ada yang masih endah tidak endah. Masih berkira ingin memilikinya atau tidak. Tidak mengapalah, saya hanya menyarankan sahaja apa yang saya rasai, keputusan tetap bergantung kepada anda juga.

Malah saya kini akan membina mailing list untuk niche yang lain pula, niche SEKS. Kenapa? Sebab saya lihat semakin banyak produk berkaitan niche ini ‘tumbuh’. Jadi, saya perlu melihat ini sebagai peluang untuk saya mencuba. Bukan SPAM sesuka hati, kemudian merungut tidak ada hasil.

Sebelum saya terlupa, sekiranya anda ingin mempelajari kuasa pemasaran email ini, dapatkan report percuma disini

Saya bukan bertujuan untuk menunjuk apa yang saya dapat, tapi saya ingin mengatakan anda memerlukan kaedah yang betul untuk berjaya. Itu sahaja.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (3)

Otak bisnes?

Tags: , , ,

Otak bisnes?

Posted on 29 May 2009 by mazlienadzri

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Diharapkan anda sihat sentiasa dan berjaya dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi.

Semalam, saya ada ber’ym’ dengan kawan lama saya, dah lama juga saya tak borak dengan dia samada secara offline ataupun online.

Dia terus bertanya kepada saya macam mana dengan  perniagaan internet saya? Saya cakap, alhamdulilah.

Kemudian saya pun cakaplah, “kita sendiri yang menentukan hidup kita, bukan orang lain”

Kemudian kawan saya ni cakap, “yela, kau otak bisnes, aku bukan, macam mana nak bina perniagaan”

Kemudian saya cakap lagi, “Otak bisnes atau tak, itu bukan masalah UTAMA, yang utama adalah KEMAHUAN kita. Kemudian kawan saya jawab “Aku ni MALAS sikit” dan saya jawab, “Itulah masalah UTAMA yang membezakan kita berdua”

Kemudian kami stop borak(dia pergi solat Isyak, dan saya pergi keluar makan)

Pengajaran

Bagi saya, samada anda memang otak bisnes, atau tidak, itu bukan faktor UTAMA perlu terlibat didalam perniagaan. Ramai juga yang asalnya bukan otak bisnes, tapi bila mereka bermula, mereka ‘jatuh cinta’ walaupun pada mulanya mereka orang yang kaki lepak dan sebagainya.

Ianya berbalik kepada diri sendiri. Seperti yang saya beritahu, “Kita yang perlu ubah diri sendiri, bukan orang lain’. Kalau betul-betul mahu, tiada masalah. Kalau seorang penagih dadah pun boleh jadi manusia yang berguna, apatah lagi hanya ada sifat MALAS, tiada masalah untuk menukarnya kepada sifat RAJIN dan mempunyai otak bisnes.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Tiada hasil lagi…sebabnya… :(

Tags: ,

Tiada hasil lagi…sebabnya… :(

Posted on 15 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi kenapa anda masih belum mendapat hasil lagi berniaga di internet.

1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat anda. 

Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.

Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan anda. 

Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.

Kemudian, Smartzul sendiri yang sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah lubuk duit saya sekarang.

Saya setuju kata Zul, “bisnes kita yg pertama adalah yg paling kita serasi. Buat sampai berjaya dan kemudian nak tambah bidang lain dah tak jadi masalah.”

Saya sudah merasainya. Apa-apa projek selepas projek pertama, insyaAllah berjaya(affiliate, ebook dan lain2)

2. Fokus

Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.

Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Sedang fokus dengan Ebay, berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.

3. Kaedah

Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.

Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.

4. Promosi

Ini nadi perniagaan. Mungkin ada sedar atau tidak sedar, bagaimana saya mempromosikan servis design saya 2-3 bulan lepas. Saya tidak mahu beritahu, kalau ada yang perasan, boleh ambil perhatian 

Dari promosi inilah, saya membina nama menerusi servis design. Sebab saya tahu, saya dikelilingi designer yang hebat-hebat belaka.

Kalau saya hanya menunggu pelanggan, berjanggutlah saya tiada apa-apa.

5. Ingin mudah

Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.

Belajar erti kesusahan. Anda akan menghargai kesenangan yang anda miliki pada masa akan datang.

Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest