Tag Archive | "tips perniagaan internet"

Bila laman web anda tidak menjual..

Tags: , , , , ,

Bila laman web anda tidak menjual..

Posted on 10 April 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seringkali saya menerima pertanyaan yang mereka tidak berjaya menjual barang di internet. Banyak faktor kenapa tidak berjaya, antaranya, produk tersebut bukanlah mempunyai permintaan, harga mahal, produk dah terlampau banyak dijual di internet dan sebagainya. 

Tapi apa yang saya selalu terima pertanyaan adalah, masalah trafik. Ini adalah masalah yang sering kali masuk ke inbox email saya. Ok, baiklah, pengalaman saya sendiri, saya juga mempunyai masalah yang sama dengan anda. Malah, tanyalah mana-mana usahawan internet, masalah inilah yang mereka hadapi mula-mula.

Jadi, bagaimana caranya nak tarik trafik? Saya menggalakkan anda memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai dengan PERCUMA. Inilah yang saya lakukan. Dan inilah usahawan-usahawan lain lakukan. Memang banyak cara lagi, seperti SEO, forum dan sebagainya. Apa kata anda cuba cara yang saya nyatakan ini pula.

Sebagai contoh, katakan anda menjual produk fizikal seperti perfume di internet, apa kata, anda buat satu panduan ringkas bagaimana memilih perfume yang berkualit tapi dengan harga murah, cara mengekalkan bau perfume agar tahan lama dan sebagainya. Kemudian, anda edarkan panduan tersebut ke merata tempat, seperti di forum yang berkaitan, blog. Tidak mengapa keluarkan sedikit bajet untuk iklankan panduan tersebut.

Jangan lupa juga, letakkan link ke laman web perniagaan anda didalam panduan percuma tersebut. Kalau tidak, sia-sia sajalah usaha anda ini. Kalau hendak lebih mendatangkan manfaat, bina list anda melalui pemberian percuma tersebut. Antara alat yang boleh digunakan seperti getresponse.  Apa sahaja mengenai promosi produk berkaitan perfume, anda boleh emai terus ke list anda. Bukankah menarik?

Sekiranya anda menjual produk bersalin, hasilkan ebook mengenai cara penjagaan kandungan ke atau apa sahaja yang anda rasakan bermanfaat untuk orang ramai. (Heii, setiap 10 saat, ada sahaja kelahiran didunia ni) Kalau nak lagi best, buat dua versi, english dan malaysia. 

Inilah cara paling mudah saya rasa, anda hanya perlu membuat sedikit pembacaan sahaja untuk hasilkan ebook percuma ini dan kemudian promosikan kepada orang ramai. Saya nyatakan cara ini berkesan kerana saya telah menggunakannya. 

Seperti baru-baru ini, saya menerima percuma Colgate Plax yang dipromosikan di tepi-tepi jalan. Kenapa mereka memberikannya percuma? Ianya sama sahaja seperti yang saya nyatakan diatas. Menarik pengguna yang menerima produk percuma tadi, mendapatkan secara berbayar selepas itu.  Inilah strategi yang mereka gunakan, maka kita pun perlu menggunakan strategi ini juga untuk berniaga di internet.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Alhamdulilah, sambutan servis P.A.A.D.S menggalakkan, kepada anda yang berminat, segera dapatkan iklan anda disini

Sphere: Related Content

Comments (5)

Ketengahkan kekuatan anda

Tags: , , , , , ,

Ketengahkan kekuatan anda

Posted on 06 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Untuk berjaya didalam sesuatu perniagaan yang diceburi, anda perlu mencari apakah kekuatan yang ada pada anda. Kebanyakan pasaran sekarang yang diceburi, mesti sudah mempunyai pesaing. Jadi, disini anda perlu ke hadapan sedikit daripada pesaing anda.

Sebagai, contoh, servis design yang saya tawarkan, memang saya mengetahui, terlalu banyak pesaing saya, namun, saya mencari apakah kelebihan saya berbanding dengan pesaing saya yang lain. Saya hanya nampak satu sahaja, perhatikan imej screenshort dibawah ini:

Alhamdulilah, inilah kelebihan saya berbanding pesaing-pesaing yang lain. Komen, pandangan atau luahan hati mereka adalah ‘alat’ untuk saya gunakan untuk bakal pelanggan saya yang akan datang nanti.

Jadi, ketengahkan kekuatan anda. Tanya kepada pelanggan-pelanggan anda yang pernah membeli produk ataupun menggunakan servis anda. Gunakan ia sebagai alat menarik pelanggan yang lain.

Nota : Bagi saya, tiada istilah pesaing, mereka adalah rakan saya juga

Selamat mencuba,

Mazlie Nadzri

p/s: Projek X akan dilancar pada hari Rabu depan (11hb). Apa sebenarnya projek X tersebut? Nantikan Rabu hadapan ;)

p/p/s: Saya bercuti esok sampai isnin. Segala email ataupun tempahan, saya akan proses pada hari Isnin hadapan

Sphere: Related Content

Comments (2)

jutawan vs kebebasan

Tags: , , , ,

jutawan vs kebebasan

Posted on 04 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kebanyakan daripada kita apabila berminat menceburi bidang perniagaan, tidak kiralah offline ataupun online, kita bercita-cita hendak menjadi jutawan. Kalau diikutkan, memang benarlah cita-cita tersebut, tetapi menurut kajian yang dijalankan terhadap usahawan-usahawan yang berjaya(semestinya jutawan), mereka menceburkan diri dalam perniagaan bukanlah sebab mahu menjadi jutawan, tetapi tujuan mereka masuk dunia perniagaan tersebut.

Tujuan mereka masuk dunia perniagaan adalah disebabkan mereka tidak mahu berada dibawah telunjuk orang lain. Mereka mahukan kebebasan. Mereka tidak mahu berkerja dibawah ketua, bos dan sebagainya. Seorang sahabat IM saya, beliau pernah beritahu kepada saya, beliau menjadi full time IM kerana tidak mahu berada dibawah telujuk orang lain. Dan kini, alhamdulilah, beliau memang berjaya dalam IM ni, dan hanya berkerja dari rumah dan semestinya beliau kini sedang ‘bebas’. Ho!ho!ho!

Jadi, jelas disini, usahawan yang berjaya bukan kerana mengejar kekayaan, tetapi mereka mengejar kebebasan. Andainya anda mahu memasuki dunia perniagaan disebabkan ingin menjadi kaya raya dan mmepunyai banyak harta, anda akan termasuk didalam golongan usahawan yang GAGAL.

Bila anda melihat duit melimpah ruah masuk ke akaun bank anda, anda akan menjadi kelabu mata, anda akan lebih cenderung ingin menggunakannya, kerana apa? kerana tujuan anda masuk dalam dunia perniagaan semata-mata kerana DUIT. Inilah dia, sebab utama mengapa ramai usahawan gagal.

Tak percaya? Tanyalah dan bacalah kisah usahawan yang sudah berjaya. Anda akan terbaca kata-kata mereka seperti di atas.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Slogan – Tiada pemenang, ebook percuma

Tags: , , ,

Slogan – Tiada pemenang, ebook percuma

Posted on 06 February 2009 by mazlienadzri

Asssalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya sibuk akhir-akhir ini. Jadi saya ingin post artikel yang ringkas mengenai keputusan pertandingan mencipta slogan logo perniagaan saya. Sebenarnya saya tidak menjumpai slogan yang betul-betul membuat saya tertarik. Tetapi atas menghargai idea-idea anda, saya akan memberikan secara percuma ebook Panduan Asas HTML saya yang berharga RM30.

Kepada nama-nama dibawah, sila hubungi saya untuk saya berikan ebook tersebut di alamat email mazlie83@gmail.com dengan tajuk EBOOK HTML FREE. Jadi, kesimpulannya, saya masih lagi tiada slogan untuk logo perniagaan saya.

1. Anuar

2. esam

3. KA’AB

4. khalifah

5. panduanhidup

5. atyleana

6. fid

7. suhana

8. mun

9. x-po shop

10. half

11. dino

13. Azzam

Terima kasih,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Seminar Jutawan Produk Digital di Bangi

Tags: , , , ,

Seminar Jutawan Produk Digital di Bangi

Posted on 04 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ok, kali ni sedikit info mengenai seminar yang dijalankan oleh AmmarZahar, seorang usahawan internet yang telah berjaya mencapai pendapatan 5 Angka sebulan dan juga merupakan seorang pelajar IPTA dalam jurusan senibina landskap. Mungkin selama ini anda fikir hanya orang yang betul-betul tahu dan belajar kemahiran komputer seperti programmer sahaja mampu menjalankan perniagaan internet. Sebanarnya tidak kerana AmmarZahar sendiri dah berjaya membuktikannya.

Saudara Ammar juga telah menunjukkan bukti pendapatan beliau dalam bentuk video dilaman web dibawah. Saya rasa, inilah pertama kali IM tempatan yang berbuat begini, menunjukkan bukti pendapatan yang mereka dapat hasil berniagan di internet. Lawati web dibawah:

SEMINAR JUTAWAN PRODUK DIGITAL

Produk demi produk berjaya dikeluarkan oleh Ammar dalam masa 5 bulan dia menceburi dunia IM di Malaysia. Nak tahu macam mana dia dapat idea, buat dan seterusnya mempromosikan produk beliau, inilah masanya. Anda tidak perlu menatap lama-lama skrin komputer anda dengan membaca pelbagai ebook untuk berjaya seperti AmmarZahar dan juga usahawan internet yang lain. Apa yang anda perlu, tiru sistem AmmarZahar dengan cara berdepan belajar dengan beliau. Boleh terus tanya kalau tak faham.

Sedikit review tentang seminar ini, anda akan diajar tentang bagaimana melakukan kajian pasaran tentang produk apa yang mampu dijual dengan laris di internet. Ingat, tiada permintaan, maka tiadalah jualan. AmmarZahar akan menunjukkan bagaimana dia mencari pasaran yang mampu melariskan produknya. Anda juga mampu memiliki produk untuk dijual sebaik saja anda keluar dari bilik seminar ini. Itu janji Ammar yang dia maklumkan pada saya. Janjinya terbukti bila saya lihat testimonial dari peserta seminar pertama beliau. Pulak tu, testimonial tersebut dirakam melalui video. Wah, terbukti seminarnya berkesan.

Saya dengar cerita dah ada diantara peserta seminar AmmarZahar yang sudah berjaya menyiapkan produk hasil pembelajarannya dengan Ammar. Seminggu dah siap! Oh, memang cepat. Patutla AmmarZahar senang saja boleh keluar produk. Rupanya sistem dia memang canggih dan berbeza dari orang lain.

SEMINAR JUTAWAN PRODUK DIGITAL

Seterusnya, anda juga diajar bagaimana caranya membuatkan orang tak sabar membeli produk anda. Ini ada dalam teknik pelancaran yang AmmarZahar kongsikan. Bukan itu saja, anda juga akan dapat rahsia AmmarZahar yang selama ini terpendam. Iaitu rahsia macam mana nak mendapatkan jv partner yang betul dan teknik mempromosi tanpa mengeluarkan modal.

AmmarZahar bermula dari tak ada siapa pun kenal, sehingga kini membina perniagaan internet dengan pendapatan 5 angka sebulan. Apakah rahsianya? Bagaimana dia melakukannya? Semua perkara tersebut dikongsikan oleh AmmarZahar dalam seminar beliau. Malah, jika anda menjadi peserta beliau, anda juga akan menerima bonus seperti Hosting bernilai RM 120 secara percuma oleh Rawanaz Studioz dan juga diskaun 50% untuk servis ecover dari dari saya sendiri(VirtualNiaga) . Bukan itu saja, malah anda juga akan dapat bimbingan seumur hidup sampai berjaya membina perniagaan anda di internet. WAH! ini memang idea gila tapi itulah yang diberikan oleh AmmarZahar. Ianya bertempat di:

Tarikh: 15 Februari 2009

Masa: 9pagi hingga 5petang

Tempat: Hotel Residence Uniten, Bangi, Selangor

Bayaran: RM 388

Kuota: 40 orang sahaja.

Tambahan pula, otai-otai IM lain juga dijemput memberikan talk pada hari tersebut seperti Shuth, Amirul Faisyal, dan juga Labanon Flarebiz. Anda juga berpeluang mendapat ilmu dan tips yang bakal dikongsikan oleh mereka. Klik link disini jika anda berminat menjadi salah seorang daripada mereka yang bertuah ini!

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: InsyaAllah, kalau tiada apa-apa hal, saya akan ke sana sebagai menyokong IM tempatan membuat seminar :)

Sphere: Related Content

Comments (0)

Azizi Ali dan sekeping kad

Tags: , , , , ,

Azizi Ali dan sekeping kad

Posted on 04 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya yakin ramai yang kenal dengan nama Azizi Ali. Satu perkara yang menarik mengenai beliau yang baru saya tahu hari ini, didalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, penulis bertanya kepada Azizi Ali, bagaimana beliau boleh menjadi jutawan  sedangkan  ramai orang melayu  merasa mustahil untuk menjadi jutawan?

Jawapan beliau :

Kerana saya MAHU dan saya TAHU apa yang saya MAHU

Dan lebih menarik, Azizi Ali laminate apa yang beliau mahukan didalam sekeping kad. Beliau berkata “Ini adalah misi hidup yang saya buat beberapa tahun yang lepas. Ianya jelas dan tepat, apa yang saya mahukan untuk tahun-tahun akan datang”

Dan pesanan beliau lagi:

Ramai orang inginkan banyak perkara, sehingga mereka sendiri tidak pasti apa SEBENARNYA yang mereka mahukan. Mereka hanya berkhayal dan mengelamun kosong, tanpa menentukan secara tepat apa yang mereka mahukan. Jika kita hendak berjaya, pertama sekali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU

Kesimpulan

Lihat sahaja, seorang yang sudah bergelar jutawan pun masih menulis apa yang beliau mahu didalam sekeping kad, inikan kita yang langsung tak mempunyai apa-apa.

Juga saya ingin berkongsi semasa saya menghadiri bengkel Berhenti Makan Gaji baru-baru ini, pada sesi terkahir bengkel, Tuan Shamsuddin Kadir menyuruh kami menulis apa yang kami mahu buat diatas sekeping kad.

Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak melakukan perkara ini, lakukanlah, anda pasti akan mendapat hasilnya dengan syarat usaha.

Salam perniagaan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (7)

Penangguhan kali kedua+duit untuk anda

Tags: , , ,

Penangguhan kali kedua+duit untuk anda

Posted on 30 January 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang anda dapat baca daripada tajuk diatas, saya terpaksa menangguh untuk kali kedua projek X saya. Ianya hanya tinggal 20% sahaja lagi. InsyaAllah, dalam masa terdekat.

Sedikit pertandingan

Sudah lama saya teringin memberikan ‘hadiah’ untuk anda. Namun asyik bertangguh, jadi, saya rasa, kali ini adalah masa yang paling sesuai sebagai mengganti pembatalan pelancaran projek X saya.

Apa yang anda perlu buat hanyalah membuat kesimpulan ringkas gambar dibawah:

Hadiah

Kepada mereka yang berjaya meneka dengan tepat, anda akan menerima RM10 dan juga Ebook Panduan Asas HTML yang keseluruhan berjumlah RM40.

Saya hanya mencari 5 orang “penembak” tepat sahaja ya ;)   Jadi, anda kena berfikir luar kotak sikit.

Saya menantikan jawapan anda. Opps, sebelum terlupa, saya akan umumkan pemenangnya pada hari isnin ini.

MAKLUMAT TERKINI

Pertandingan ini akan ditutup tepat pukul 9 pagi esok(ahad) bagi memberi saya masa meneliti jawapan-jawapan yang anda kemukakan. Setakat yang saya tengok secara kasar, tiada yang betul-betul tepat dengan apa jawapan yang ada dalam minda saya ni :)

Mungkin saya akan memilih yang hampir tepat nanti.

Selamat mencuba

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (60)

Pulangkan wang mereka

Tags: , ,

Pulangkan wang mereka

Posted on 25 January 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah, saya merasakan semangat telah pulih kembali setelah keluar daripada bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji yang saya hadiri semalam. Seronok dapat berjumpa dengan usahawan dan bakal-bakal usahawan yang rata-rata bersemangat sepanjang bengkel dilangsungkan.

Pertama kali dapat bersua muka dengan mentor-mentor saya iaitu Sabri daripada team Saifulsham dan Smartzul daripada Smartusaha dan yang lain-lain. Memang betullah, kalau kita mahu berjaya, bergaullah dengan usahawan-usahawan yang benar-benar mempunyai jiwa usahawan, anda akan merasakan sesuatu didalam hati anda yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata :)

Kepada anda yang berminat hendak menghadiri bengkel tersebut, saudara Shamsuddin Kadir akan mengadakan bengkel ini lagi Februari dan Mac nanti. Boleh tempah tempat duduk disana dengan klik link dibawah:

BENGKEL BERHIJRAH MAKAN GAJI

Pulangkan wang mereka

Memuaskan hati pelanggan adalah satu prinsip penting didalam perniagaan tidak kira samada perniagaan offline ataupun online. Logiknya mudah sahaja, mereka berpuas hati, mereka tidak akan teragak-agak membeli daripada anda lagi selepas itu, malah turut mempromosikan kepada orang lain walaupun tanpa anda menyuruh. Hebat!!

Salah satu jenis pelanggan yang tidak berpuas hati

Terdapat beberapa kategori pelanggan yang tidak berpuas hati dan salah satunya adalah jenis pelanggan tidak berpuas hati dan secara terus terang memberitahu kepada anda(penjual) mengenai ketidakpuasan hati mereka. Dari satu sudut, ianya adalah baik, kerana anda dapat membaikinya dengan secepat mungkin.

Namun, yang tidak baik pula ialah, sekiranya rungutan mereka tidak dilayan oleh anda(penjual), mereka akan menghebahkannya kepada orang ramai supaya jangan membeli barang daripada anda. Nah, inilah yang membahayakan perniagaan anda.

Cara mengatasi

Langkah pertama untuk mengatasi ketidakpuasan hati mereka adalah dengan segera meminta maaf daripada mereka. Jangan bertangguh. Minta maaf dengan ikhlas diatas kesilapan yang anda lakukan. Kalau perlu ganti dengan sesuatu, gantilah, supaya kemarahan mereka reda sedikit.

Satu lagi cara adalah dengan memulangkan kembali duit mereka. Walaupun anda rugi sedikit, tetapi tidak mengapa, kerana dalam diam anda telah melakukan perkara-perkara dibawah:

1. Anda akan membuatkan mereka berpuas hati kembali kerana anda segera melayan rungutan mereka sekaligus, membuatkan mereka ingin membeli lagi produk daripada anda.

2. Anda tidak akan kehilangan pelanggan.

3. Anda dapat menjaga maruah anda sebagai pemilik produk/penjual

4. Anda dapat mengelakkan mereka menghebahkan rungutan, ketidakpuasan hati kepada orang ramai.

Kesimpulan

Buatlah apa cara sekalipun untuk menjaga hati pelanggan anda. Mereka adalah rezeki anda, jaga hubungan diantara anda(peniaga) dengan pembeli. Cuba penuhi apa sahaja yang mereka mahukan(tetapi tengok jugalah).

Cuma pengalaman saya, kadang-kadang, kita tidak bersalah, namun kesilapan tersebut daripada mereka sendiri, hendak taknak, kita juga dimaki, dalam keadaan ini, anda perlulah menjelaskan kepada mereka dengan lembut. Atau tindakan terakhir yang boleh anda lakukan untuk menutup terus mulut mereka adalah dengan memulangkan kembali duit mereka. Itu sahaja. Confirm senyap walaupun anda rugi sedikit, tetapi tidak mengapa, satu prinsip kena pegang, usahawan bukanlah KULI. Tamat!!

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest